Teknik 8: Puji Pelajar Corot Serta-Merta di Tempat Kejadian


Apabila mendorong pelajar corot supaya suka mengulangi tingkah lakunya yang baik, caranya adalah dengan bermata tajam. Di mana-mana sahaja kita ternampak pelajar itu melakukan sesuatu yang baik, terus serta-merta dan di situ juga kita memuji apa yang dilakukannya.

Pujian yang berkesan sebagai senjata mendorong pelajar corot adalah:

1. Puji bagusnya perkara yang dilakukan oleh pelajar itu. Sebagai contoh kita nampak pelajar itu membuang sampah ke dalam tong sampah, terus katakan kepadanya:

"Bagusnya kamu buang sampah ke dalam tong. Kamu cukup pembersih!" (BETUL)
"Bagus! Bagus! Kamu pandai menjaga kebersihan sekolah." (BETUL)
"Bagus, Helmi. Saya suka kamu jaga kebersihan sekolah kita." (BETUL)

2. Pujian itu diberikan serta-merta, di tempat kejadian, tidak ditangguh-tangguhkan.

3. Puji dengan kuat dan terbuka supaya orang lain dapat mendengarnya, dan tahu perkara baik yang sudah dilakukan oleh pelajar itu.

------

Nota: Tuan dapat menerima semua posting blog ini secara percuma dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan di tebing kiri blog ini.
   

2 comments: