Teknik 6: Cari Perkara Kecil yang Dilakukan oleh Pelajar Corot Supaya Dapat Dipuji

Teknik 6: Cari Perkara Kecil yang Dilakukan oleh Pelajar Corot Supaya Dapat Dipuji

Pelajar corot tidak boleh dimarahi apabila dia melakukan kesalahan. Sebaliknya, guru perlu memberi banyak pujian kepada pelajar corot itu.

Salah satu perkara susah yang dialami oleh guru-guru apabila hendak cuba memuji pelajar corot adalah payahnya hendak mencari perkara yang layak dipuji pada si pelajar itu.

Guru-guru sudah terbiasa nampak yang salah dan buruk sahaja tentang sikap dan tingkah laku pelajar-pelajar corot. Kebiasaan itu menjadi penutup mata kepada hal-hal yang baik yang dilakukan oleh si pelajar yang mahu dipuji.

Ambil sebagai contoh, apabila pelajar kelas corot datang lambat, bagaimanakah guru mahu memujinya?

Di sebalik setiap kesalahan, tentu ada perkara yang betul. Sebagai contoh, meskipun pelajar itu datang lambat ke sekolah, sekurang-kurang dia datang juga ke sekolah meskipun lambat. Jadi, guru boleh memuji pelajar itu kerana dia sudah berusaha datang ke sekolah.

"Bagusnya!... Saya suka kamu datang sekolah hari ini!" (BETUL)
"Apa khabar, Helmi? Saya suka kamu datang." (BETUL)
"Datang juga kamu ke sekolah. Cepatlah duduk, kita sedang belajar!" (BETUL)

Begitu juga, apabila pelajar corot itu tidak menyelesaikan kerja rumahnya. Guru masih boleh memuji mana-mana latihan yang sudah dilakukannya.

------

Nota: Tuan dapat menerima semua posting blog ini secara percuma dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan di tebing kiri blog ini.
  


1 comment:

  1. Apakah point ke3 itu boleh digunakan.
    Boleh digunakan dengan guna nada suara ceria dan ekspresi muka yang betul.
    Supaya tidak rasa bagai disindir.
    -sense of student-

    ReplyDelete