Teknik 2: Biarpun Pelajar Melakukan Banyak Kesalahan, Guru Tetap Tidak Bertanya "Kenapa....?"

Teknik 2: Biarpun Pelajar Melakukan Banyak Kesalahan, Guru Tetap Tidak Bertanya "Kenapa...?"

Apabila pelajar kelas corot melakukan kesalahan, jarang-jarang sekali dia hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Lazimnya dia melakukan beberapa kesalahan serentak.

Sebagai contoh, apabila pelajar kelas corot melakukan tidak membawa buku teksnya ke sekolah, dia sebenarnya melakukan kesalahan-kesalahan di bawah ini serentak:

a. Dia tidak membawa buku teksnya.
b. Dia tidak membawa buku latihannya.
c. Dia tidak membuat latihannya.
d. Dia tidak meminta maaf kepada guru.
e. Dia tidak menampakkan air muka orang bersalah.
f. Dia menjawab pertanyaan guru dengan cara kurang sopan.

Dalam teknik motivasi Islam, meskipun pelajar itu melakukan banyak kesalahan, guru tetap tidak boleh bertanya dengan menggunakan ayat-ayat di bawah:

"Kenapa....?" (SALAH)
"Mengapa....?" (SALAH)
"Apa sebab....?" (SALAH)
"Apa pasal....?" (SALAH)

Sebaliknya guru pura-pura tidak perasan bahawa pelajar itu telah melakukan banyak kesalahan, dan meneruskan sesi mengajar kelas macam biasa.



2 comments:

  1. assalam...sekiranya tindakan tersebut dilakukan,ade kemungkinan pelajar akan mengulangi lagi kesalhan2,jdi apkah seorng guru harus membiarkan nya lagi??mgkinkah dengan tndakn e2 membuatkan pelajar akn membawa kembali bukunya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...saya selalu bertanya mengapa kepada anak murid jika mereka tidak membawa buku teks...tetapi.saya terlupa.membuat followup adakah esok mereka.membawa buku teks..namun,post ini membuat saya berfikir...

    ReplyDelete